Langkah Penjagaan Kereta

cara cara penjagaan kereta

1.engine

banyak pengguna kereta tidak tahu nak jaga engine terutama kaum hawa,perkara yang perlu dijaga adalah servis ikut mileage minyak yang kita beli,biasanya 5000 km,ada juga 7000 km,jika menggunakan kereta yang dah berusia antara 20 tahun kebawah  cukup lah dengan minyak SAE 40 atau pun 20/50. yang kedua adalah air,air kene sentiasa check dalam 2minggu sekali paling lewat,jika anda rajin seminggu sekali,dan pada setiap enam bulan saya syorkan   buat water sistem pressure test  untuk mengesan jika ada kebocoran kecil pada bahagian hose air supaya dapat di elak engine dari overheating,pastikan anda periksa lantai car park anda jika2 ada minyak leaking.pada waktu pagi panaskan engine sehingga anda kedengaran kipas radiator berfungsi pada yang pertama kali,itu dah memadai.

apabila anda menukar timing belt kereta anda maka saya syorkan water pump pun tukar kan sekali kerana nya bernda tu berpusing seusia dan juga dalam satu ruang supaya tidak ada dua kali kene buka2 timing belt.ada sesetengah engine kalau timing belt putus engine tidak rosak seperti volvo,toyota,honda ada sebahagian rosak ada sebahagian tidak rosak,suzuki,itu yang saya tahu.

2.transmition

jika kereta anda automatic transmition  perkara yang harus di titip beratkan adalah penukaran minyak mengikut 20000 km untuk setiap kali servis,kerosakkan ATG (automatic transmition gearbox) berlaku apabila sistem hidraulic didalam gearbox bocor,dan juga valve body sumbat,dengan itu cluct akan haus cepat menyebabkan gearbox rosak.kerana dalam sistem ATG ada oil pump yang akan mengepam minyak dan menghasil kan tekanan minyak untuk di salurkan pada lubang2 hidraulic untuk masukkan gear pabila kita jalankan kereta,valve body adalah main control sistem,oil pump pembekal tekanan minyak.jadi servis lah ATG anda setiap 20000 km supaya jangka hayat nya berpanjangan dan lagi satu pastikan anda beli minyak yang original,untuk kereta proton saya syorkan minyak ATF mitsubishi yang original,minyak ini juga boleh diguna pakai untuk mazda,volvo 940,240 yang aw7 punyer gearbox.

jika manual, gearbox anda boleh ditukarkan minyak gear setiap 40000 km.

3.suspension

suspension bahagian terpenting kerana ianya menyingkap keselamatan pemanduan kereta,jika berbunyi sebaiknya anda rujuk kepada mekanik yang anda boleh percayai,untuk menjimatkan uang anda suspension mestilah dalam keadaan 100%,macam mana nak pastikan 100%  aligment lulus dan kereta bila dipandu tidak terasa goyang atau tarik kekiri atau kekanan,bila suspension ada masalah tayar akan makan tidak rata dan cepat habis,dan bush bush akan cepat koyak.

4.cat

jika anda rajin polish lah body kereta anda setiap 2 bulan sekali,dan park kereta dalam garaj jika ada,jika terdedah dengan langit bila pagi anda siram kereta anda jika nada biarkan air embun setiap pagi atas cat kereta anda maka cat akan cepat pudar dan rosak sebab tu kene polish supaya air tidak boleh masuk kedalam cat kerana ada polish sebab kandungan polish adalah minyak.

5.tayar

tayar yang standart akan menjimatkan minyak,tayar metilah bersesuaian  dengan engine dan juga body,jangan kecil sangat jangan lah pula besar sangat kita semua nak bergaya dengan sport rim tapi jangan sampai memudharatkan kereta.

19/08/2013
Categories: kereta . . Author: motecmat

6 Comments

  1. Comment by brother zack on 28/08/2013 8:29 am

    tq bos…….di atas peringatan dan tunjuk ajar

    • Comment by motecmat on 28/08/2013 7:56 pm

      you are welcome

  2. Comment by Zali. on 07/09/2013 5:10 am

    Salam.. Saya adalah salah seorang yg menggunakan kenderaan Produa Kembara 1.3(A). Enjin takde masalah apa-apa, cuma kenderaan kurang power jd saya bercadang ingin menukar enjin 1.6. Soalan saya bole ke enjin 1.3 ditukar ke 1.6? apakah tiada masalah apa-apa sekiranya saya ingin endos enjin di JPJ?,seperti yang saya tahu JPJ hanya lepaskan pertukan enjin 1.3 ke 1.5, jadi bole ke 1.6 diluluskan? sekiranya boleh berapa harag enjin termasuk upah pasang? bak kata complete.

    • Comment by motecmat on 12/09/2013 8:30 pm

      wasalam boleh je tukar terus 1.6 tak de masalah

      2800 siap pasang

  3. Comment by ahmad on 11/09/2013 3:11 pm

    Salam, saya nak tanya kereta honda inspire 2.0 tu pakai timing belt ke timing chain …..agak-agak maintanen dia macamana?

    • Comment by motecmat on 12/09/2013 8:13 pm

      wasalam

      timing belt..dan dia 5 cilinder kalau tak silap

      lebih kurang jer….dng honda accord2 yang seusia dng nya.cuma agak unik cikit kereta tersebut

       
Advertisements

One thought on “Langkah Penjagaan Kereta

Komentar ditutup.