Mengapa buat duit dari blog BUKAN untuk anda.

blog-post-img-2222

Mengapa buat duit dari blog BUKAN untuk anda.

 
 
 

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak email yang diterima bertanyakan tentang bagaimana blogging boleh memberikan pendapatan sampingan dan juga pendapatan pasif. Macam-macam jenis email yang dikemukakan tetapi yang satu agak menarik untuk dikongsi bersama:

Saudara Rohaizad,
Saya telah banyak membaca cerita mengenai buat duit dari blog. Kemudian setelah membaca keseronokan buat duit duit dari blog, saya pun membina blog saya kerana saya terdesak untuk mendapatkan duit.

Tetapi setelah 3 bulan saya membina blog dengan tujuan untuk membuat duit, saya rasa blur. Saya semakin tidak percaya dengan kaedah blogging ini. Saya juga rasa yang ebook dan seminar-seminar ini semua membazir masa dan wang sahaja. Mengarut.

Adakah cara lain yang murah untuk saya buat duit dengan pantas?

 
 

Sebenarnya semua orang boleh berjaya. Tidak kiralah siapapun dia, masing-masing mempunyai peluang. Yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah pengorbanan yang kita lakukan.

Untuk berjaya, kita perlukan PENGORBANAN. Pengorbanan yang dimaksudkan ini bukanlah pergi berperang di Palestine atau sebagainya. Pengorbanan yang di maksudkan di sini ialah perkara yang subjektif untuk dibincangkan tetapi ianya ada di sekeliling kita.

Ada orang sanggup berkorban untuk mengikat perut, ada orang sanggup berkorban untuk berjauhan dengan anak isteri dan ada orang sanggup korbankan masa senggangnya untuk mencapai apa yang diinginkan.

Tapi satu perkara lagi yang ramai tidak sedar ialah bagaimana kita berkorban dalam memberikan peluang pada diri sendiri untuk belajar. Begitulah juga halnya dengan dunia blogging.

 

 

Blogging bukanlah satu skim cepat kaya. Blogging juga bukanlah satu aktiviti yang sesuai untuk seseorang itu buat duit dengan cepat. Tidak kiralah apa pun yang kita lakukan, buat duit dengan blog tidak akan sukses jika:

  • Cepat putus asa dan tidak sabar.
  • Blogging semata-mata untuk duit.
  • Terpengaruh dengan kawan-kawan.
  • Tidak mahu belajar asas blogging terlebih dahulu dengan alasan “sibuk” dan sebagainya.

Perlu diingat bahawa kalau adapun di antara blogger yang mengatakan “2 hari boleh dapat duit” pun, itu semua datang dari pengorbanan yang dia sendiri telah lakukan sebelum itu.

Mereka telahpun korbankan masa dan wang mereka “sebelum semua itu bermula” termasuklah membeli buku, ebook mahupun menghadiri coaching ataupun seminar.

Malah MASA mereka juga telah dikorbankan. Itu belum di campur lagi dengan insiatif sendiri yang telah dilakukan demi untuk pemahaman yang lebih lanjut tentang sesuatu perkara (blogging).

“There is no miracle in blogging”

Kalau semuanya hendak cepat dan dalam waktu yang sama tidak mahu berusaha untuk berkorban, adakah itu sudah cukup untuk kita mendapat imbalan yang kita mahukan?

Blogging akan sukses jika kita mempunyai:

  • Minat.
  • Rasa ingin tahu – curiosity dan selalu mencari.
  • Membuka peluang pada diri sendiri untuk belajar.
  • Pengorbanan – paling tidak pun, kita harus korbankan masa untuk mendalami ilmu dan selok belok blogging.
  • Sense of blogging” – inilah klimaks kepada kejayaan seseorang blogger. Bila ini wujud dalam diri dan juga blog kita, maka “the money will come later!”

Jadi kesimpulannya, tiada istilah “short cut” untuk berjaya. Aku sendiri telah “menghilang diri” dari dunia sebenar selama 2 tahun semata-mata untuk mendalami dunia blogging. Tiada kawan, tiada rakan yang faham dan kadang kala penuh dengan kebosanan.

Simply said, tiada sosial life untuk aku selama 2 tahun itu. Sedar tak sedar, itulah antara pengorbanan yang telah aku lakukan untuk melihat dunia blogging yang sebenar… huhuhu.

 

 

 

  • taukey (1410 days ago)Reply

    hehehehehehe……..blogging untuk duit boleh dibuat yang penting macam kata ijad, kita kena berkorban. Perlu usaha dan tak kenal erti putus asa. Aku menjumpai rentak aku sendiri setelah setahun lebih aku belajar. Itu pun aku kira masih tidak cukup untuk dapat duit yang banyak

    • in reply to taukey #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Bila dah jumpa rentak, itu adalah salah satu petanda untuk pergi dengan lebih jauh. Congrats!

  • waka (1410 days ago)Reply

    semua nak duit cepat!
    kalau berblog terus ingat nak dapat duit dan boleh dapat duit cepat, semua orang takpayah buat kerja lain dah, satu dunia pakat berblog hehe.

    Sabar kalau nak buat duit, kalau tak sabar semua usaha tak menjadi.

    cara cepat nak dapat duit, pergi ke mesin ATM cucuk kad, insyaAllah dapat cepat(kalau ade duit dalam kad tu le)

    • in reply to waka #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Idea cucuk duit kat ATM tu kelakar sungguh.. tapi dalam maksudnya 😀

  • Sain (1410 days ago)Reply

    Apa? Ikut seminar membazir dan mengarut jek?? Dengan ikut seminar Ijad tu lah aku mula dapat duit dari blog..Tanya sifu aku tu kalau tak caya…heheheheh..

    • in reply to Sain #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Keep up your blogging job Sain! Tahniah kerana semakin “lumayan” hasil bloggingnya 😀

      • in reply to rohaizad #3
        edy (1287 days ago)Reply

        broo cm ne sy nk buat blog??

  • Sain (1410 days ago)Reply

    Haa tengok, baru je sebentar tadi $20 masuk paypal…duit dari mana lagi kalau bukan duit blog..

  • Kobot (1410 days ago)Reply

    Betul3x.. saya setujuh, buat duit dengan blog kenalah banyak bersabar..

    • in reply to Kobot #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Kesabaran di tambah lagi dengan inisiatif sendiri = SUKSES!!!

  • emyshahril.com (1410 days ago)Reply

    Tiada jalan pintas untuk mendapatkan duit. Kalau mudah kita dapat duit itu, maka mudah jugalah duit itu akan pergi meninggalkan kita.

  • boy_bersahaje (1410 days ago)Reply

    Gile terbakar baca entri ni

  • zam (1410 days ago)Reply

    Blogging is a passion game… eh ye ke aku nyer quote nih…hehehe

    • in reply to zam #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Betul tuh… memang di sokong 100%

  • hirman (1410 days ago)Reply

    Blog boleh buat duit kalau kena caranya.
    Belajar dari yang sudah berjaya dan implemen teknik/gaya sendiri.Sebab kita bukan bentuk diri kita untuk jadi artis mee segera..,Dari situ sense of blogging akan datang sendiri.Sebab kita ada trademark sendiri dalam berblogging.
    Berblog hanya untuk mendapat duit menyebabkan blog kita tiada jiwa.

    • in reply to hirman #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Tiada jiwa?
      Pheeewww…. power giler ayat Hirman nih. Thanks bro!

  • Shaffik (1410 days ago)Reply

    Pengorbanan dan usaha yang berterusan untuk menampakkan hasilnya dalam dunia blogging.. Itulah pegangan aku untuk terus bertarung di dunia blogging.

    • in reply to Shaffik #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Yup, hanya mereka yang bertahan sahaja dapat mengharungi semua dugaan. Selepas dugaan itu di harungi, maka sama-samalah rasai kemanisannya.

  • Aqif (1410 days ago)Reply

    Saya bersetuju 101% dengan artikel ini. Semuanya memerlukan pengorbanan. Tetapi sayangnya apabila ramai yang mempunyai minda “ingin kaya cepat” dengan menaburkan sedikit usaha sahaja.

    Memang diakui bahawa blog memang boleh menjana pendapatan yang “masyuk”. Tetapi lihatlah sendiri tuan empunya blog ini menyatakan bahawa beliau sendiri “hilang daripada dunia sebenar” dalam masa 2 tahun untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

    Thanks a lot for sharing. 🙂

    • in reply to Aqif #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Sekadar berkongsi sahaja. Ada lagi yang lebih hebat di luar sana. Kalaulah mereka dapat berkongsi cerita mereka di sini, kan ke best. huhuhuhuhu

  • dr.aku.la (1410 days ago)Reply

    nak seribu daya,
    taknak seribu dalih.

  • Khairudin (1410 days ago)Reply

    jatuh cinta dengan internet sejak 2005, kenal blog 2006, mendalami blog sehingga sekarang. Saya 100% agree dengan Izad. Kita kena godek2 blog kita tapi take time and maybe wang ringgit sket. Lama-lama insyaAllah dapat pulangan. sabar!

    • in reply to Khairudin #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Yup, sesuatu pelaburan itu kalau di monitor dan di belek-belek akan potensinya, mesti ada hasilnya di kemudian hari, termasuklah pelaburan untuk blogging.

  • samdaddycool (1410 days ago)Reply

    Bukan semua orang boleh buat duit / berjaya dengan blog.
    Bukan semua orang boleh buat duit / berjaya dengan ebay.
    Bukan semua orang boleh buat duit / berjaya dengan affiliate.
    Bukan semua orang boleh buat duit / berjaya dengan ebook.

    Tengok serasi dan ‘tune’ kita di mana. Cari guru (sifoo) dan panduan yang betul. Lepas tu, baru masuk ‘full gear’…

    • in reply to samdaddycool #2
      taukey (1410 days ago)Reply

      kalau jiwa kacau tak leh buat apa apa pun…muahahahahah

      • in reply to taukey #3
        samdaddycool (1410 days ago)Reply

        erk…. kalau tu kena gi melancong kat pulau jerejak…. muahahahahaaa

  • alone (1410 days ago)Reply

    pada pendapat aku.. blogging ni kena ada minat dulu. jangan start blogging terus nak buat duit. sikit2lah.

    macam bukak kebun. tanam dulu, letak baja.. lama kelamaan baru tuai hasilnya.

    in other word, satisfaction is the best revenue =)

    • in reply to alone #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Tuh dia… ulasan dari orang yang dah lama dalam dunia blogging. Thanks bro, benar-benar membantu.

  • Azhar (1410 days ago)Reply

    Blogging ni kena ada minat, ada ilmu dan creativity … Kena buat step by step.. Tiada jalan mudah sebenarnya… Ibarat menanam pokok, kalau mula dari anak pokok , akar nya akan kuat.. Boleh juga terus tanam pokok besar saperti yang kontraktor tanam tepi jalan tu.. , pun kena ada ilmu..kalau tak cepat tumbang… Begitu lah dunia blogging

    Macam saya ni dah banyak membaca…dan dah mula sedikit demi sedikit… Doa pun penting jugak ye…

    • in reply to Azhar #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Perumpamaan pasal pokok tu memang sungguh jelas bro Azhar. Thanks for clarify 😀

  • Zoelhilmi (1410 days ago)Reply

    Salam…
    Apa yang Ijad (boleke panggil ijad?..LOL) tulis macam terkena kat batang hidung.

    Aku start guna blog since Ramadhan tahun ni.Dari tak tahu satu apa sampailah aku dah ada 4 blog.

    Pengorbanan memang kena (teringat bila awek aku sekolahkan aku sebab mengadap pc jer..haha).Kalau kita terus otai bab internet ni takperla jugak, tapi kalau memang kita merangkak dari bawah, sabar tu adalah senjata utama bagi kita.Sabar tu pasti memberikan kita ganjaran.Percayalah.

    http://zoelhilmi.blogspot.com
    http://simplyzoel.blogspot.com
    http://miniparfums.blogspot.com

    • in reply to Zoelhilmi #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Zoel,

      “sabar tu adalah senjata utama bagi kita”

      Aku suka dengan ayat ko nih… mendalam maksudnya. Bagus siot 😀

    • in reply to Zoelhilmi #2
      Yusri (1398 days ago)Reply

      aku dah review sikit Blog kau ni….memang quiet profesional…nasihat aku ..terus beli Domain dotcom kau ni…sebelum ada orang kebas…aku check kat GoDaddy…masih available lagi…sekarang ni ada trend baru..mana2 Blogspot yang top akan ada yang cuba registerkan…camana nak beli cara senang..sekarang Blogger.com dah sediakan domain purchase sendiri..check kat Settings –> Publishing –> Advance Setting…buy domain…kena ada kredit kad / debit kad …untuk makluman kau dengan cara ni aku beli domain AhmadAlbab.com yang Izad dok promote tu…thanks Izad..kalau ada tips lain..bagitau la…

      Happy Blogging….Bro Yusri sini…

      • in reply to Yusri #3
        rohaizad (1398 days ago)Reply

        Lebih bagus kalau beli di Godaddy ataupun domain provider yang lain, lebih mudah untuk push domain tersebut ke akaun buyer.

        • in reply to rohaizad #4
          Yusri (1398 days ago)Reply

          u r right…Blogger dah join partner with GoDaddy for this project…kita beli dari GoDaddy sebenarnya ..yang penting harganya cuma USD 10.00 sahaja…the best things is kita boleh hosting terus dari Blogger.com ..soo macam kes ZoelHilmi ni..dia cuma beli domain and pointing to his current blog…settle kes ..

          • in reply to Yusri #5
            rohaizad (1398 days ago)Reply

            Itupun mahal. Kalau boleh jangan beli pada harga USD10, gunakan kupon. Bolehlah jimat sket sebab dengan kupon, kita boleh beli domain pada harga USD6.99.

  • donnyien (1410 days ago)Reply

    Terima kasih!post memang menarik dan telah memberi saya gambaran yg lebih jelas lagi apa sebenarnya dunia blogging ini..aku masih baru dan sila tunjuk yer …

    • in reply to donnyien #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Sama-sama.. teruskan mendalami ilmu blogging ya 😀

  • Lizz (1410 days ago)Reply

    baru semalam, buat entry pasal org komplen my blog selalu sangat update. hahaha. tapi, tak kesahlah cuz macam bro cakap..kalau dah minat, nak wat camner kan? menulis 1 jam sekali pun tak rase membebankan pun. hehehe

    anyway, bley suggest ebook or ape2 untuk saya? asas blogging or what? hehehehe

    • in reply to Lizz #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Tapi Lizz, ada satu “kekurangan” jika terlalu sangat update blog. Nanti akan di kongsikan dalam entri yang akan datang.

      • in reply to rohaizad #3
        lizz (1410 days ago)Reply

        hehehe. ok2. nanti saya bace ek 🙂

  • Fazreen (1410 days ago)Reply

    kalau ikut seminar xboleh berjaya xkan la setiap kali Ijad buat seminar penuh. btul x ijad? sebenarnya semua bergantung pd diri kita. aku pun xda ikut mana2 seminar atau beli ebook mna2. semuanya ilmu blogging aku korek sendiri dgn cara blogwalking dan berkawan dgn org yg lebih berpengalaman. sebenarnye byk ilmu dlm internet ni cuma usaha kita je yg tentukan sama ada kita dpt cari ilmu itu atau x.

    niat 2 penting. buat la blog tuk memberi informasi yg berguna kpd org. jgn semata2 nk cri duit. Kalu kita tlg org tuhan akn tolong kita. Mcm Ijad ckp money will come later.

    • in reply to Fazreen #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Yup, the will automatically come later. Tapi semuanya memerlukan semangat kerana hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang akan dapat menempuhi segala cabaran 😀

  • zymert (1410 days ago)Reply

    yup setuju dengan artikel ni…pengorbananlah yang akan menentukan kejayaan kita dalam dunia blogging ni tanpa mengira siapa pun status kita.orang lama atau orang baru bukan kayu pengukurnya tapi daya tahan kita untuk berkorban dan mempraktikkan ilmu untuk selama lamnya tu yang penting tu..sebelum mula nak terjun dalam apa bidang sekali pun kena lah disertakan dengan ilmu juga..

    lupakan untuk mengharap pada benda yang x kita tak pernah bersusah payah untuknya, baru ada manisnya nanti kemudian hari bila dah berjaya..

    orang tak akan nilai kita macam mana kita bermula tapi orang akan nilai macam mana kita berakhir(berjaya)..

    • in reply to zymert #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Betul … memang tidak dapat di nafikan lagi.

  • nuaeman (1410 days ago)Reply

    “Buat duit dari blog”

    Bunyinya macam simple seolah-olah dengan ada blog kita dah boleh buat duit. Memang benar tetapi ilmunya kenalah ada. Blog yang bagaimana? kaedah yang macammana? Siapa yang akan bagi kita duit?

    Ilmu nak cari yang percuma pun boleh.. dan untuk itu masa perlu dikorbankan untuk mencari gali ilmu-ilmu tersebut.

    Kalau nak menjimatkan masa maka ebook dan seminar ada sebagai pilihan. Cuma untuk ini pula wang ringgit perlu dilaburkan. Sebelum serahkan duit itu untuk ebook atau seminar tanya dulu diri sendiri. Sanggup ke beri komitmen dan apakah yang kita nak belajar ni memang sesuai dengan diri kita. Kalau hati berat sangat maka tak perlulah paksa kerana ilmu yang diajar nanti pun susah nak masuk.

    Seminar dan ebook hanya pilihan yang mana dengan ini kita telah ada sesesorang yang boleh dirujuk. Duit yang dibayar untuk semua tu termasuk dengan after sales servis. Ambil peluang selepas beli ebook atau sertai seminar untuk dalami lagi ilmu sehingga mampu mendapatkan dollar yang pertama. Bukan ebook disimpan sahaja dalam folder komputer dan apa yang dicatitkan di seminar kekal sahaja dibuku nota tanpa diterjemahkan.

    Bila dah lakukan semua tetapi masih tak berjaya maka kenalah terima medan ini bukan untuk kita dan Tuhan tu tidak zalim. Dah tentu rezeki kita ada ditempat lain. Ingat! Orang yang hebat dengan MLM belum tentu tahu tentang blog dan mereka yang menjana ribuan ringgit di blog juga belum tentu mahir dengan ebay,affiliate dan sebagainya.Kita ada posisi,potensi serta kemahiran tetapi hanya belum kita temui.Dan untuk sampai kesitu tentulah ada cabarannya.

    Jangan pula rasakan duit yang dah dilaburkan untuk ebook dan seminar itu merugikan kerana itu ilmu yang mungkin kita boleh gunakan semula kemudian hari.Melainkan kalau apa yang diberikan sememangnya SAMPAH!!

    • in reply to nuaeman #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Tak tahu dah apa nak cakap sebab semuanya telah di rumuskan dengan lengkap sekali. Thanks bro!

    • in reply to nuaeman #2
      lizz (1410 days ago)Reply

      erk. tibe2 rase naik semangat pas bace ulasan ni. wah. thanks!

  • zyrontyez (1410 days ago)Reply

    post yang sangat menarik dan tepat 100%..
    buat blog memang dapat duit tapi seringkali orang x tengok proses..
    kalau ada orang kata, aku dapat duit banyak ni ngan blog 2 hari, mungkin dia dah usaha 2 tahun sebelum tu?
    aku sendiri tengah cari nikmat blogging cara aku, belajar dan terus belajar..mungkin langkah masih panjang, tapi apa yang kita dapat dalam proses tu pun kira kejayaan..

    “jangan buat blog sebab duit, cari minat dan rentak sendiri”
    “kejayaan bukan hanya hasil sesuatu usaha tapi juga prosesnya”

    • in reply to zyrontyez #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Betul… ianya tentang bagaimana ia berakhir, bukan bagaimana ia bermula.

  • denaihati (1410 days ago)Reply

    Aku ada buat survey kenapa teman-teman berBlogging dan bagaimana buat duit online. kepada penulis email tu mungkin ini boleh menjadi tips @ http://denaihati.blogspot.com/2009/10/buat-duit-blogging-paling-cepat.html

    • in reply to denaihati #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Thanks sebab sudi berkongsi. Amat membantu sekali untuk dikaitkan dengan entri kali ini 🙂

  • alan tan (1410 days ago)Reply

    Siapa cakap nak buat duit online( blogging) senang?

    • in reply to alan tan #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Haaaaa… ringkas je Alan punya komen, tapi menusuk kalbu.

      Alan berjaya menjana USD400.00 dari personal blognya dalam masa 2 hari. Tapi yang pasti, bolehkah dia mendapat USD400.00 itu kalau dia berhenti setengah jalan sewaktu membina blognya dahulu?

      Marilah kita sama-sama memikirkannya 😀

  • Zulazis (1410 days ago)Reply

    bukan dalam dunia blogging ajer kena ada banyak pengorbanan… bidang2 lain juga kalo ingin berjaya perlu juga pengorbanan….

    SELAMAT HARI RAYA KORBAN BUAT RAKAN2 SEMUA

    • in reply to Zulazis #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Hahahahah.. inilah komen paling best sekali sebab ada kena mengena dengan tajuk KORBAN. Selamar Hari Raya Korban juga untuk semua pengunjung blog ini 😀

  • safar (1410 days ago)Reply

    blogging untuk kepentingan diri anda.blog untuk buat duit.bukan begitu pantas.ada orang ambil masa yang terlalu…..akhir sekali GAGAL.kenalah berkorban masa dan tenaga keupayaan diri sendiri.

    • in reply to safar #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Kalau kita dapat bangun dari kegagalan, itu juga satu proses pembelajaran. Yang penting jangan putus asa.

  • Pokjat (1410 days ago)Reply

    Personally aku rasa blogging ni kena rilek dan slumber.Jangan nak cepatje dapat duit.Publish banyak-banyak dulu, target keyword mana patut..barula ada traffic..ada traffic,ada pagerank..barula ada $$RM..tapi semuanya perlu masa..so sendiri mau ingatlah ye

    • in reply to Pokjat #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Yup, sesetengah perkara memerlukan masa yang agak lama. Tapi jika ada cara yang lebih smart (bukan cara blackhat ya), maka itu juga boleh dipertimbangkan. 🙂

  • mazuki blog (1410 days ago)Reply

    Ini pula dari pengalaman aku la…nak kata seorang blogger berjaya tak la tapi boleh la merasa duit dari blogging..

    Pengorbanan pertama : labur duit untuk bermula blog dengan .com masa buat guna blogspot banyak halangan dan rasa xberapa menarik

    pengorbanan dari segi masa memang perkara pasti kepada seorang blogger…

    ada sebenarnya orang boleh buat duit dengan blog dengan cepat dan aku sendiri jenis orang yang lambat…buat duit dari blog selepas setahun(11bulan lebih kurang)

    Dalam tempoh sebulan ni bukan bermakna hanya buat post 2,3 then biar selama sebulan…ini termaksud buat update hari-hari,buat komen blog orang,iklankan blog dan lain-lain la…

    Blogging umpama mengerjakan sebuah tanah yang berhutan…kalau kita rajin untuk kerjakan tanah tersebut dan jaga dengan baik maka kita akan dapat hasilnya….

    Seorang blogger juga bukan semua blog yang diorang dibina akan berjaya memberikan hasil…kalau ada 10 mungkin ada 1,2 blog yang xberi hasil….

    Kalau bermula ilmu 0 dan loket duit untuk beli ebook atau apa nak buat duit dengan blog dalam masa 3 bulan sesuatu yang agak mustahil sebenarnya.

    • in reply to mazuki blog #2
      mazuki blog (1410 days ago)Reply

      Dalam tempoh sebulan ni bukan bermakna hanya buat post 2,3 then biar selama sebulan…ini termaksud buat update hari-hari,buat komen blog orang,iklankan blog dan lain-lain la…

      jad tolong edit bukan sebulan tapi setahun 😉 silap tulis daa

      • in reply to mazuki blog #3
        rohaizad (1410 days ago)Reply

        Apa nih… sendiri soal sendiri jawab… hahahahah. Anyway, thanks, nanti aku betulkan. 😀

  • Pemburu Impian (1410 days ago)Reply

    Assalamualaikum Tuan Rumah

    Saya rasa intinya adalah berpunca dari soalan di bawah..sebagaimana email tersebut.

    “Adakah cara lain yang murah untuk saya buat duit dengan pantas?”

    Secara peribadai saya percaya memang ada buat duit dengan pantas. Cuma takrif “pantas’ itu yang bersifat peribadi.

    Ada orang merasakan mendapat pulangan setelah 5 tahun berusaha adalah pantas.

    Ada yang merasakan jika pelaburannya untung dalam masa setahun adalah pantas.

    Malah ada yang merasakan berusaha hari ini, jika lusa boleh mendapat untung itulah pantas.

    Semua pendapat itu adalah benar, kerana ia adalah penilaian individu.

    Menariknya dunia ini memang penuh dengan peluang untuk membuat duit mengikut kepantasan yang diinginkan.

    Malah terbukti wujud individu di dunia ini yang membuat duit USD1 Billion dalam masa sehari.

    Buat duit dengan blog tidak pernah wujud pada zaman ibu bapa kita. Ternyata ia sudah berada di hadapan kita pada zamana ini. saya percaya akan wujud cara buat duit yang lebih canggih pada zaman anak kita nanti.

    Nampaknya cabarannya bukanlah ada atau tidak cara buat duit dengan pantas. cara itu pasti ada pada setiap zaman.

    Cabaran sebenar adalah bagaimana mengenal potensi diri untuk membuat duit dengan pantas.

    Saudara Rohaizad sudah meneroka potensi dirinya, moga tuan yang bertanya akan bertemu dengan potensi diri tuan…

    Pengorbanan, disiplin,ilmu, dan segala “alat-alat” yang diperlukan untuk memburu impian akan segera datang bilamana potensi diri sudah dikenal pasti.

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamulaikum

    • in reply to Pemburu Impian #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      W’lam Tuan Tanah,

      Kesungguhan otu adalah penting dalam membuat sesuatu perkara. Kita tidak akan dapat capai tahap SEMPURNA tetapi kita boleh menjadi yang TERBAIK.

      Teruskan perjuangan masing-masing kerana ianya masih lagi belum selesai 😀

  • zool (1410 days ago)Reply

    Aku kalau buat blog pikir pasal duit memang dah lama berenti.. cuma aku blog sebab nak lepaskan sesuatu.. bila dah rasa seronok time tu baru cari peluang2 yang ada…

    • in reply to zool #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Zool… aku percaya apa yang ko cakap. Been there and done that.

  • titan (1410 days ago)Reply

    aku setuju. Pengorbanan itu penting.

    “There is no miracle in blogging”

    Aku setuju. Takde keajaiban. Semuanya datang dari diri kita sendiri.

    • in reply to titan #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Tidak dapat di nafikan lagi kerana hanya kita yang mengenal kebolehan yang ada.

  • Wizurai (1410 days ago)Reply

    aku rasa tiada jalan mudah… 3 bulan untuk putus asa adalah terlalu cepat!

    sedangkan bro kita ni 2 tahun pun dok terperuk dlm rumah jek… hohoho… tiada sosial life…

    jadi, ia umpama menyemai benih pokok jugaklah, disiram2, dibelai2 hinggalah pokok itu matang dan berbuah – hasil! amik masa siot! no short-cut!

    itupun kalau berbuah, kalo kena pokok jantan?!!! hahaha…

    • in reply to Wizurai #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Pokok jantan = blog jantan?

      Hahahaha… komen ko nih buat aku tergelak sambil berfikir panjang. Kreatif sungguh 😀

  • Fazli (1410 days ago)Reply

    kalo pk nak dapat duit instant mmg tak dptlah dgn blogging. minat kene ada gak. istiqamah. blogging kene enjoy. hidup kene enjoy. jom enjoy…

    • in reply to Fazli #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Jangan lupa “teruskan mencari” kerana banyak sangat info yang perlu kita perolehi dari masa ke semasa. 😀

  • MyDailyBlog.Info (1410 days ago)Reply

    Masa+Sabar+Modal+ilmu=sukses!!!

  • ShaH Smart (1410 days ago)Reply

    Salamz.. Yup, mmg kena sabar.. Yg penting kalau nak berjaye dlm blogger ni kita kne duplicate dr otai2x blogger.. tgk mcm mane pengisian ilmu dan maklumat dlm blog/website diorang.. Dan dlm sesuatu blog tu kita kena fokus apa yg ingin diketengahkan.. Tu menunjukkan imej blog tu., Dan juge penyusunan mesti ikot protokol… eceh.. dan juge lg.. kalau boleh decoration blog biar menarik, pic clear n sharp.. baru mantop…

    Regards,
    Shah

    • in reply to ShaH Smart #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Satu ulasan berbentuk teknikal yang amat bagus untuk dikongsi bersama.

  • megat (1410 days ago)Reply

    kalau senang dah lama aku berjaya. setiap perkara yang kita lakukan pasti ada halangan jika tidak diredhai allah ta’ala.

    tapi langkah-langkah yang disebutkan adalah antara perkara yang telah diuji oleh mereka yang berjaya!

  • Sain (1410 days ago)Reply

    sedapnya baca entri and komen dalam blog ni…semangat aku..

    • in reply to Sain #2
      rohaizad (1410 days ago)Reply

      Itu sudah bagus, sebab lagi positif kita menerimanya, lagi bagus untuk kita menjalani hari hari yang mendatang.

  • UstazCahaya (1410 days ago)Reply

    Salam..

    Great.. a good motivation. Yes, we must always prepared to be wrong, n also willing to sacrifice. Erm, here we talk ’bout sacrifice eh:-)

    Sacrifice? What do I have to sacrifice to succeed? ..so that inspired me to touch on that a bit.

    It’s very easy to get the perception when you jump online that everyone’s making money. It’s seems all you have to do is sign up for any program that promises a fortune to you if you follow their plan and give them lot’s of money to get started. Its never dat easy:-)

    You must sacrifice your approach. Don’t believe everything you read. Learn to research, ask questions, and find the answers. Don’t jump into anything without weighing the risk.

    .. and owes remember, we must always prepared to be wrong..

    PsP: I remember years ago, my feveret song by Creed- “My Sacrifice”:-)

    • in reply to UstazCahaya #2
      rohaizad (1407 days ago)Reply

      My Sacrifice tu pun lagu feveret aku gak tuh… memang layan!

      • in reply to rohaizad #3
        UstazCahaya (1407 days ago)Reply

        Lama dah tak dgr lagu tu sume eh. Kalo dulu2 kala, pegang gitar je, mesti intro ‘one last breath’ creed.

        Ps: sesekali apakata u upload kat sini vid u main gitar yg baru bli ari tu bro:-)

  • Wizurai (1409 days ago)Reply

    ayoyoo… theme lama ka?

  • wanmus (1409 days ago)Reply

    kejayaan takkan datang begitu saja..No pain really no gain you’ll get..so get your PAIN now!

    • in reply to wanmus #2
      rohaizad (1407 days ago)Reply

      Fuhhh…. bersemangat giler En Mus kita. Best!!!!

  • ummie (1409 days ago)Reply

    Content email ini sungguh melucukan. It really makes my day.

    • in reply to ummie #2
      rohaizad (1407 days ago)Reply

      Thanks kerana sudi berkunjung ke blog ini 🙂

  • AJ (1409 days ago)Reply

    Kembali ke theme y lama ini friendly r sikit dari y baru dulu. agak kelam. takut nak masuk 🙂

    Yup berblogging bukan semua orang boleh buat duit.

    Tips2x aku blogging just think Traffic. Then I got money (FREE MONEY) form the traffic that come to my blog. How? Just think traffic then you all will push your brain to be creative! 🙂

    Then your creativity will turn to cash. 🙂

    • in reply to AJ #2
      rohaizad (1407 days ago)Reply

      Creativity itu memang sesuatu yang dahsyat. Percayalah.

  • Ajoi (1409 days ago)Reply

    Aku rasa pasal blogging ni kena bina reputasi dulu.Biar orang kenali kita.Bila dah terkenal baru boleh buat duit

    • in reply to Ajoi #2
      boy_bersahaje (1408 days ago)Reply

      sekarang xpayah bina reputasi pun dah boleh buat duit

      • in reply to boy_bersahaje #3
        smartzul (1408 days ago)Reply

        Betul. Reputasi itu bergantung kepada matlamat akhir kita dan juga bidang yang diceburi. Nak bina reputasi boleh, tak nak bina pun tak apa. Reputasi adalah nyawa bagi saya. Tapi dalam blogging terutama niche blogging, tak bina reputasi diri pun tak apa. Malah terkadang tak perlu langsung.

        Dalam blogging, bagi saya, membina ‘reputasi’ blog itu sudah memadai. Iaitu reputasi dari segi pagerank & trafik. 😀

        • in reply to smartzul #4
          boy_bersahaje (1408 days ago)Reply

          Tepat sekali tu. Untuk IM seperti Zul, memang perlu bina reputasi. Thanks Zul

          • in reply to boy_bersahaje #5
            wanmus (1407 days ago)Reply

            huhu..bilalah nak dapat reputasi ni

            • in reply to wanmus #6
              rohaizad (1407 days ago)Reply

              Itu di luar bidang kuasa kita kot. Tapi once bila kita dah ada “sense of blogging” maka di situlah reputasi itu telah mula terbentuk.

  • siti (1408 days ago)Reply

    Yalah, bt apa2pn klu nk bjaya perlukn komitmen, pgorbanana, ketabahan, kesabaran n selonggok dgnnyalh. Pdk kta dnt gv up, fight! fight! fight!

    • in reply to siti #2
      rohaizad (1407 days ago)Reply

      Peningnya baca short form tuh…

  • smartzul (1408 days ago)Reply

    No pain, No Gain. Semua yang berjaya tu dah berusaha kuat dan sudah meluangkan masa yang banyak. Tapi dengan usaha yang betul lah. Sebab tu kena belajar dan berguru. Kalau cuba-cuba sendiri, memang peratusan besar mudah gagal.

    Namun di satu sisi yang lain, jangan ikut orang. Buat apa yang serasi dengan kita. Adakah blogging? Affiliate? Ebay? Produk fizikal? Produk digital? Servis? Itu baru model buat duit. Tak termasuk lagi teknik marketing yang pelbagai.. Pilih mana yang selesa di hati dan ‘enjoy’ melakukannya.

    Mereka yang buat duit cepat itu ada faktor-X nya. Mungkin artikel saya di sini boleh menerangkan salah satu sebab:

    http://blog.smartusaha.com/mereka-ada-kemahiran-komputer-internet/

    • in reply to smartzul #2
      rohaizad (1407 days ago)Reply

      Thanks Zul tentang artikel tu. Memang bagus untuk di jadikan panduan.

  • aizat kamal (1408 days ago)Reply

    nk wat duit mana2 pon susah…
    nk merompak pon susah…
    nk duit senang xtau la nk cari mana…

  •  

    […] tertarik dengan post rohaizad dot com yang mana menjelaskan serba sedikit tentang pendapatan sampingan dan pasif daripada aktiviti […]

  • Khairudin (1407 days ago)Reply

    menulis blog ni merupakan satu peluang. Kita enjoy dalam menulis blog. Jika secara sambilan dan tambahan maka sambilan dan tambahan lah kita harus menanti duit hasil blogging kita. Sapa kata tak dapat? Kebetulan 🙂
    http://www.mohdkhairudin.com/2009/11/06/memiliki-blog-dot-com-adalah-satu-peluang.htm

  •  

    […] hendak menjana duit/wang secara online. Kalau sebelum ini satu soalan telah di pilih untuk topik buat duit dari blog, tetapi hari ini kita kongsi mengenai buat duit dari […]

     

    • Taufik SM (1406 days ago)Reply

      camne nk tukar permenentlink kt web saya …. saya dah nak tukar http://www.taufiksm.com/?p=127 jadi taufiksm.com/victoriabeckam/photo tp x jadi ….camne? file permission dah tukar cmod jd 777 tp x jadi ..leh tolong beri panduan encik rohaizad. huhu ….

    • razak (1406 days ago)Reply

      mulanya nak blogging untuk personal jer tapi lama2 rasa rugilak kalau tak boleh dapat sikit hasil dari titik peluh menulis,berjaga malam sampai pagi..bro keep up your good job.

    • menj (1405 days ago)Reply

      Kesian orang ini sebab mentaliti nak kaya cepat, nak duit cepat. Kena faham betul-betul: BLOGGING BUKAN SKIM CEPAT KAYA DAN MUSTAHIL ANDA AKAN DAPAT DUIT ESOK BILA BLOGGING HARI INI. Saya sendiri mengambil masa selama 6 tahun (dari 2003), dan baru start buat duit daripada tahun 2006 onwards. Skrg ni alhamdulillah ada duit dari blogging. Tapi mmg berkorban sebelum mencapai tahap ini.

    • kinghelmi (1405 days ago)Reply

      haaa…dgrla nasihat bro aizad. mana ada jln pintas nak kaya. kalu jln pintas nak ke kampung wa ada laaa…nak x?wakaka
      semuanye perlukan ilmu, nak ilmu kene cari, kene ada tok guru yg ajarkan. Buat duit melalui internet nie sebenarnye marketing. marketing technique tu la yg kite kene blaja. wa pun baru blaja.kat mana wa blaja jom la tgk blog wa. kat situ korang leh tau bisnes internet mcm mana wa buat, ngan sape wa blaja…oh ye jgn lupe tglkan komen ek…

      http://www.kinghelmi.blogspot.com

    • zaki (1405 days ago)Reply

      To be honest.. bagi aku la buat duit dgn blog merupakan teknik paling lambat buat duit.. berbanding teknik lain yg pernah aku gunakan. kena beli domain.. set hosting.. buat post.. nak buat backlink lagi.. memang byk masa nak dihabiskan. Kalau nak buat duit pantas.. korang lupekan je la tentang blog byk lagi cara lain.

    • Lia Qistina (1403 days ago)Reply

      nasihat yang amat baik untuk blogger newbie seperti saya. Buat masa ini saya mengelak untuk memikir hal duit, cuma mencari cara cemana nak be passionate dalam niche blogging yang saya join. Thanks bro, useful advice to me..

      -Qistina-

    •  

      […] bukan hanya setakat BERMULA, tapi sejauh manakah fokus dan pengorbanan kita dalam sesuatu […]

    • hairulbiz (1399 days ago)Reply

      saya pula sukakan arena perniagaan.Dari perniagaan konvensional saya beralih angin melihat perkembangan bisnes online.sedikit sebanyak membuka minda saya mengenai dunia perniagaan.perkongsian yang baik bro.

    • njustice4all (1391 days ago)Reply

      salam…
      mmg semuo dinyatokn kek atas, formulo nk berjayo dlm blogging…
      seh yg br setahun ni haaa…..
      raso cam merangkak-rangkak lg….

      kalo buleh bertapo 2/3 thn….
      nmpak hasil…..po maknonyo?

      -my sacrifice-

      *carilah maso ‘bertendang’and relax tuk berblogging ni…
      **pikidap bro…..gud info

    •  

      […] pendapatan dari aktiviti bloggingnya? Mudah sahaja. Apa yang perlu ada ialah SEMANGAT, TINDAKAN, PENGORBANAN dan juga fikiran seperti seorang TUAN TANAH. Jika hendak mendapat pendapatan yang pasif dari […]

    •  

      […] Kalau ada yang tak setuju, tiada masalah. Namun sekiranya anda blogging sekadar untuk menghasilkan duit – buat duit dari blogging BUKAN untuk anda. […]

Advertisements