2 thoughts on “Trip budget: Southwest USA road trip

  1. Waalaikumumssalam.
    terima kasih kepada tuan ramadhan yang telah memberikan komen/sedikit info. Saya merasa terpanggil untuk membalas di sebabkan tuan merupakan orang pertama memberi respon kepada blok saya “serikinmari”. sesungguhnya saya mengkagumi sikap tuan kerana cepat megesan ciplak dari saya. Di turunkan di sini perkara berkaitan meng’copy entri tuan tanpa izin.

    1. Pertama sekali saya ingin memohon MAAF atas ciplak saya tanpa meminta izin dari pihak tuan.
    2. Saya sangat mengkagumi usaha tuan dalam menyebarkan ilmu berkaitan penjagaan/pembaikan kereta kepada pengunjung blok/web tuan. Semasa saya membaca entri dari wordpress tuan, saya berpendapat bahawa tuan berhasrat menyebarkan ilmu tentang kereta kepada pembaca, bila saya copy dan paste di blog saya bukan sebagai kesalahan kerana ikut membantu sebarannya.
    3. Saya adalah orang baru dalam blog wordpress, mencari bahan untuk memenuhkan entri saya tentulah sukar, tentulah saya memperolehi dari entri-entri yang menarik minat ramai termasuklah entri dalam blog tuan. Dalam mempraktis pengisian entri saya, saya gunakan kaedah COPY & PASTE dan REBLOG. Belum dapat lain-lain cara nak di gunakan. saya buat blog dengan kaedah D.I.Y
    4. Semasa saya menyampaikan semula samada melalui copy paste atau reblog, saya berfikiran dapat membantu menyebarkan/promosikan pengetahuan, ilmu dan juga blog tuan, betulkan saya jika anggapan saya meleset.

    Akhir sekali saya memohon maaf atas perbuatan yang sengaja ini, jika tuan tidak izinkan untuk tdi teruskan, saya akan men’delete’ mana-mana entri yang saya ceduk dari motecmat.wordpress.com

    Terima Kasih, wassalam

Komentar ditutup.